Tarikh : 17 Mac 2019
Tempat : Balairaya Taman Seroja
Masa : 8.00pagi sehingga 12.00 tghr
Acara Menarik : Cabutan Bertuah & sarapan pagi percuma.
Alhamdulilah pada 17 mac yang lalu telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat agung tahunan PPTS bagi kali ke 16.Mesyuarat kali ini telah di rasmikan oleh Ahli Majlis BBST (U) Tuan Ramadhan Lotphi.
Majlis di mulakan dengan sarapan pagi percuma yang di taja oleh PPTS untuk penduduk Taman Seroja di antara menu Roti canai dan murtabak Abg jalil dan juga nasi lemak Abg Ray dari Taman Seroja
Pendaftaran sebagai ahli persatuan penduduk Taman Seroja bagi tahun 2019 oleh ajk PPTS
Bacaan doa,perasmian,pembentangan aktiviti PPTS 2018 ,laporan kewangan oleh bendahari En Rizal dan juga usul~ usul yang di bawakan oleh penduduk taman seroja...
Antara usul yg dibentangkan dlm AGM PPTS Kali ke-15/2019
1. Aktiviti gotong-royong perlu dijalankan di sekitar lot2 kedai yg merupakan salah 1 spot area denggi.
2. adakah terdapat tindakan kompaun yg pernah dikeluarkan oleh pej. kesihatan serta apakah statistik denggi di kawasan tersebut.
3. Cadangan supaya sekali sekala penghuni membuat pemeriksaan di bahagian tangki air bumbung rumah samada terdapat air bertakung atau tidak - pernah ada kes seperti ini.
4. mengadakan sukaneka rakyat bg tujuan mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan penduduk. (telah sedia ada dlm senarai aktiviti PPTS 2019)
5. mohon disenaraikan aset2 PPTS dan status aset samada boleh disewa atau tidak di dalam minit mesyuarat AGM. (maklumbalas YDP bahawa PPTS tiada aset buat masa ini).
6. sediakan Lakaran Pelan Zon bagi memudahkan penduduk mengelpasti kedudukan zon. (YDP memaklumkan telah sedia dalam perancangan termasuk menyediakan papan tanda Zon)
7. Mohon bonggol di Jln Seroja 15 sebagai langkah keselamatan penduduk terutama anak2. ramai yang masih bawa laju di dlm kawasan perumahan. (YDP memaklumkan akan bekerjasama dgn MPS bagi mengenalpasti laluan-laluan yang perlu dipasang bonggol di sekitar Taman Seroja)
8. PPTS perlu sediakan tong bg kemudahan pembuangan brg2 lama yg boleh dijual sbg barangan lusuh.
9. memohon penduduk menjaga kebersihan alam sekitar dan keselesaan kejiranan melalui tindakan tidak membakar sampah di kawasan perumahan sebaliknya masukkan dlm plastik untuk diangkat oleh kontraktor MPS.
10. Mohon supaya PPTS mempunyai Data bil. rumah dan penghuni di Taman Seroja. (Bancian Penduduk)
11. Memohon PPTS supaya mengadakan aktiviti ziarah secara berkala ke atas penduduk2/warga emas yang tinggal sebatang kara serta dikategorikan sbg golongan susah.
12. perlu wujudkan kad keahlian PPTS, no. keahlian dan adakan faedah-faedah sbg ahli. (YDP memaklumkan kesukaran utk memberi faedah keahlian berikutan kekangan2 tertentu spt kewangan. walaubagaimanapun, akan cuba berusaha dilaksanakan mengikut kemampuan)
13. adakan sesi dialog khas PPTS bersama penduduk
14. perlu sentiasa memastikan papan tanda jalan sentiasa dalam keadaan baik.
15. Minyak masak yang telah digunakan dicadangkan supaya dihantar ke surau kerana ada syarikat yang akan dtg ambil minyak tersebut.
cabutan bertuah:
bergambar bersama..
No comments:
Post a Comment